Saturday, June 3, 2017

Family Day, Mutiara Alai Homestay Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Family day kali ini merupakan family day yang kedua, yang akan dilangsungkan sekali setiap dua tahun. Kali pertama diadakan di Fishing Bay Resort, Teluk Buih, Mersing. Kali kedua ini diadakan di Mutiara Alai Homestay, Melaka selama 3 hari 2 malam. Family day diadakan untuk mengeratkan tali silaturahim diantara ahli keluarga.
1st Family Day
Aktiviti wajib setiap kali family day adalah barbeque dan mandi kolam. Makanya lokasi family mestilah menyediakan peralatan untuk ber barbeque dan kolam renang. Mutiara Alai Homestay terletak di Alai, Melaka menyediakan 6 buah bilik tidur, sebuah kolam renang bersaiz kecil, peralatan memasak dan lain-lain lag (boleh refer sini). Sebuah bilik berharga RM90 (hari biasa) - harga semasa kami datang sini. Harga sekarang tak taula, boleh check dengan owner. Kami sewa kesemua enam bilik dan menjadikan tempat ini kami yang punya selama 3 hari.
Mutiara Alai Homestay
Laman yang luas. Boleh buat sukaneka kat sini. Kami main badminton.
Mini playground. Budak-budak suka main di sini.
Kerusi santai yang disediakan
Kolam renang, pagi petang kami gunakan
Tempat memasak, ada dapur, peti sejuk, sinki dan tempat barbeque
Nyum-nyum
Budak merajuk
Ayah bersama menantu baru
Last day, group photo session
5 bersaudara
Di Perigi Hang Tuah
Antara peristiwa lain yang diingati adalah:-
1. Wafiy dihempap pagar rumah
2. Menonton wayang secara berjemaah di panggung wayang di waktu tengah malam
3. Kesesakan yang tak dapat digambarkan di Pusat bandar Melaka menyebabkan semua aktiviti di hari terakhir dibatalkan.

Looking forward to next family day, yang akan diadakan di Kluang nanti. InsyaAllah.
Till then...

Sunday, May 14, 2017

RESEPI DAGING BLACK PEPPER (HARUS CUBA)

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah diberi nikmat hidup lagi untuk harini. Harini saya nak share 1 resepi yang agak sedap. Resepi ni saya dapat dari seorang tokey kedai. Ni antara lauk yg menjadi kegemaran pelanggan-pelanggan kedai dia. Bayangkan 1 hari dia masak  kg daging sahaja untu lauk ni. Alhamdulillah, akak tu x lokek resepi. Moga Allah murahkan rezeki beliau sekeluarga.

Jom tengok bahan-bahanya :

1. Daging lembu dihiris nipis
2. Bawang besar*
3. bawang putih*
4. Halia*
5. Sedikit kunyit*
6. Jintan manis*
7. Jintan Kasar*
8. Black pepper*
9. Kicap

Blend halus semua yang bertanda *

Cara-cara

1. Tumis semua bahan-bahan yang diblender sehingga naik bau
2. Masukkan daging yang dah di hiris nipis.
3. Masak hingga empuk dan masukkan kicap dan perasakan dengan garam dan gula. 

actually daging ni warna hitam. tp lighting fon cerah sangat, dia jadi kaler gini. huhu..
Selamat mencuba semua..

Sunday, April 23, 2017

REVIEW PRODUK : Royal v dari Jamu Ratu Malaya


Assalamualaikum semua. Moga diberi kesihatan yang baik pada semua. Tahun 2017 ni merupakan tahun permulaan yang agak sibuk dari tahun sebelum-sebelum ni. Mana taknya, tahun ni Wafiy dah bersekolah darjah 1, sekolah Kafa, Umar pulak sekolah Pasti. Agak terkejar-kejar dengan anak kecil (Sarah) untuk urus rumah tangga dan ambil dan hantar anak-anak yang bersekolah.. fuhh.. penat.

Ok lah, terus pada tajuk kat atas tu ye. Lepas bersalin kn anak no 3 kami (Sarah), Macam-macam masalah yang saya ada. Rambut gugur, kulit kusam, berat badan maintain 56kg, xmau turun. Tu semua ok lagi. Masalah yang agak sangat mengganggu ialah masalah kewanitaan. tp tak dapatla nak cerita semua kat sini. Masalah tu agak mengganggu harian saya. Antaranya heavy bleeding waktu period, keputihan dan macam-macam lagi. menyebabkan susah saya nak solat, lakukan ibadat, sakit dan macam-macam lagi.

Seharian saya search apa produk yang sesuai. Yela, umur semakin meningkat, tp saya takde makan apa-apa supplement, atau jamu. Sehinggakan saya terjumpa page Puan Rozita Ibrahim pengasas  Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya. 
Bahan yang terdapat dalam royal v


Esoknya, saya terus cari Royal V. Alhamdulillah, dalam botol pertama saya dah dapat rasa kesan. Masalah saya semakin berkurangan. Antaranya period saya semakin teratur, dan masalah kewanitaan saya juga semakin pulih, rambut gugur semakin kurang, dan saya juga bertenaga menguruskan rumah tangga, Yang paling penting berat badan saya sekarang sudah capai 49kg. punya seronok, promot lah pada kawan-kawan rapat, keluarga. 

Sehinggakan, saya susah nak dapatkan stok ( Produk JRM tiada di kedai-kedai dan toko jamu. hanya boleh didapati dari agen-agen sah sahaja), suami saya memberi idea untuk saya jadi agen. Pada mulanya memang la saya menolak. sebab, jual jamu kot. Seganlah. Tapi suami kata, kalau xnak jual, makan sendiri jelah.

Akhirnya saya jadi juga agen JRM. Dan alhamdulillah, ia jadi sumber punca kewanagn saya sebagai suri rumah sepenuh masa, dan yang paling saya seronok adalah dapat bantu ramai wanita yang bermasalah seperti saya. ini adalah antara kelebihan Royal V dari jamu Ratu Malaya.




Banyak lagi kelebihan Royal V ni, kalau ada yang tahu lebih lanjut boleh terus wassap saya di talian 0177120028. Saya akan bantu anda untuk lebih sihat dan cantik dengan Royal V insyaAllah.

Boleh pergi ke facebook saya Nor haliza Samsudin JRM
atau facebook page saya Kedai Jamu Online - JRM

Laman Grill Steak & Bar-B-Que Kajang, Selangor

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Restaurant ini terletak berhampiran exit tol Sungai Ramal. Restaurant ni kepunyaan salah seorang juri masterchef Malaysia iaitu Chef Zubir. Boleh refer laman web mereka di sini (Laman Grill). Sesekali makan di fine dining restaurant bolehla, kalau selalu memang tembus poket seluar. Nama pun steak & barbeque restaurant, yang special sudah tentulah dia punya steak. Tapi ada juga makanan western yang lain seperti spageti dan lain-lain lagi. Sedap ke tak? Boleh refer gambar kat bawah.
Ayuh makan
Selera anak makan kat sini especially yang sebelah kanan tu, memang kaki western food...
Ni T-Bone steak. Yang ini memang special sikit. Bukan selalu ada, 3 kali pergi sini, sekali sahaja ada. Rasa memang sedap sangat. Dagingnya lembut, kena dengan sos yang diberikan. Salad yang diberikan juga tidak mengecewakan...
Spageti ni pun sedap.
Ni lamb rack. Sedap juga tapi tak boleh challenge T-bone steak.
Selain makanan yang di atas, banyak lagi pilihan yang lain. Setakat ini, T-bone steak lah yang paling sedap bagi kami. Bila cerita pasal makanan, perut pun jadi lapar. Craving for meat la pulak. Okay, kami nak cari daging kejap.

Till then...

Saturday, April 22, 2017

Company Retreat aka Outing

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Company outing di Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut, Manjung, Perak selama 3 hari 2 malam. Pergi naik bas secara berjemaah, berhenti makan tengah hari di Teluk Intan kalau tak silap, di sebuah kedai mamak. Sampai di hotel dalam pukul 3, selesaikan urusan check in. Kali ini dapat bilik berdua, tapi jiran sebelah tak dapat hadir. So boleh conquer bilik ni sorang-sorang.
2 single beds
Dari sudut yang lain
Ada bathub. Bolehla berendam nanti...
Toilet duduk, pakai air pancut dari bawah. Tak selesa bagi aku...
Selesai urusan check-in, kami diminta berkumpul  untuk melakukan sesi team building. Dimulakan dengan pembahagian kumpulan dan seterusnya melakukan beberapa aktiviti teamwork. Antaranya membuat menara belon, isi air dalam paip pvc dan lain-lain lagi. Tiada gambar semasa aktiviti dilakukan, takut handphone menyelam dalam air atau tertanam dalam pasir.

Untuk hari kedua, ada dua aktiviti iaitu amazing race di Pulau Pangkor dan treasure hunt di sekitar Hotel. Dari Swiss-Garden, kami semua dibawa menaiki bot ke Pulau Pangkor. Lepas tu naik van dan pusing-pusing satu pulau, jawab soalan yang diberikan.
Naik bot pancung ke Pangkor. Duduk paling depan sekali dan akhirnya menyesal. Bot melambung-lambung, air memercik dan hampir basah satu badan. Masa balik tak usah cerita, lencun satu badan sebab hujan.
Babai Swiss-Garden
Gerak dulu, pape roger...
Ni kat Teluk Nipah rasanya...
Tengok ajela sebab masa ni nak kejar masa...
Panorama view di Teluk Nipah
Kami bersolat Jumaat di Pulau Pangkor, dan kemudian balik semula ke Jeti untuk meniki bot dan pulang ke Swiss-Garden. Cuaca tidak menyebelahi kami pada masa itu, hujan turun dan laut bergelora, bot memang melantun-lantun sampai rasa nak muntah. Sampai di Jeti Damai Laut, semua basah lencun. Naik shuttle train untuk ke hotel dan sampai dalam jam 3, makan tengah hari ala kadar, masuk bilik untuk mandi dan tidur. Memang tak dapat nak join treasure hunt sebab badan dah rase semacam. Penangan hujan dan lantunan bot. Malam tu ada BBQ dinner. Aku makan aje, tunggu lucky draw sambil memukul nyamuk (serius banyak betul nyamuk, maybe tempat makan tu betul-betul sebelah laut), lepas tu masuk bikik dan tidur. Malas nak dengar orang melalak berkaraoke. Dengarnya sampai tengah malam berkaraoke.

Hari ketiga selepas makan tengah hari (bungkus rasanya), kami bergerak pulang ke pangkal jalan. Singgah sebentar di pekan Lumut, pekena cendol dan jalan-jalan disekitar. Beli la ikan bilis mata biru buat ole-ole. Penangan ikan bilis ni, kami sekeluarga hanya pakai ikan bilis jenis ni sahaja semenjak itu. Sekarang beli kat pasar malam, sekilo RM55. Sampai rumah dah senja rasanya. Bolehla buat ada-ada outing ni.

Till then...

Family Gathering

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Lama tak bersiaran, kesuntukan masa dan ada M besar dalam diri. Ini kenangan masa Family gathering dekat Hutan Bandar Putra, Kulai. Naik basikal, main buih sabun, tengok kapal terbang, main bola dan lain2 lagi. Masa ini Sarah kecil lagi...
Sarah dan ammar
Geng jejaka
Seronok semua main buih sabun masa ni.
Di sini terjumpa dengan abe, bos di kilang lama dulu. Sekarang dia kerja di Kota Singa. Di sini juga pada masa yang lain pernah terserempak dengan abang Riduan, abang kepada Arif, housemate masa belajar dulu. Percikan kenangan di tempat ni. Bila lagi nak ke sini, wallahualam...

Till then...