Saturday, April 22, 2017

Company Retreat aka Outing

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Company outing di Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut, Manjung, Perak selama 3 hari 2 malam. Pergi naik bas secara berjemaah, berhenti makan tengah hari di Teluk Intan kalau tak silap, di sebuah kedai mamak. Sampai di hotel dalam pukul 3, selesaikan urusan check in. Kali ini dapat bilik berdua, tapi jiran sebelah tak dapat hadir. So boleh conquer bilik ni sorang-sorang.
2 single beds
Dari sudut yang lain
Ada bathub. Bolehla berendam nanti...
Toilet duduk, pakai air pancut dari bawah. Tak selesa bagi aku...
Selesai urusan check-in, kami diminta berkumpul  untuk melakukan sesi team building. Dimulakan dengan pembahagian kumpulan dan seterusnya melakukan beberapa aktiviti teamwork. Antaranya membuat menara belon, isi air dalam paip pvc dan lain-lain lagi. Tiada gambar semasa aktiviti dilakukan, takut handphone menyelam dalam air atau tertanam dalam pasir.

Untuk hari kedua, ada dua aktiviti iaitu amazing race di Pulau Pangkor dan treasure hunt di sekitar Hotel. Dari Swiss-Garden, kami semua dibawa menaiki bot ke Pulau Pangkor. Lepas tu naik van dan pusing-pusing satu pulau, jawab soalan yang diberikan.
Naik bot pancung ke Pangkor. Duduk paling depan sekali dan akhirnya menyesal. Bot melambung-lambung, air memercik dan hampir basah satu badan. Masa balik tak usah cerita, lencun satu badan sebab hujan.
Babai Swiss-Garden
Gerak dulu, pape roger...
Ni kat Teluk Nipah rasanya...
Tengok ajela sebab masa ni nak kejar masa...
Panorama view di Teluk Nipah
Kami bersolat Jumaat di Pulau Pangkor, dan kemudian balik semula ke Jeti untuk meniki bot dan pulang ke Swiss-Garden. Cuaca tidak menyebelahi kami pada masa itu, hujan turun dan laut bergelora, bot memang melantun-lantun sampai rasa nak muntah. Sampai di Jeti Damai Laut, semua basah lencun. Naik shuttle train untuk ke hotel dan sampai dalam jam 3, makan tengah hari ala kadar, masuk bilik untuk mandi dan tidur. Memang tak dapat nak join treasure hunt sebab badan dah rase semacam. Penangan hujan dan lantunan bot. Malam tu ada BBQ dinner. Aku makan aje, tunggu lucky draw sambil memukul nyamuk (serius banyak betul nyamuk, maybe tempat makan tu betul-betul sebelah laut), lepas tu masuk bikik dan tidur. Malas nak dengar orang melalak berkaraoke. Dengarnya sampai tengah malam berkaraoke.

Hari ketiga selepas makan tengah hari (bungkus rasanya), kami bergerak pulang ke pangkal jalan. Singgah sebentar di pekan Lumut, pekena cendol dan jalan-jalan disekitar. Beli la ikan bilis mata biru buat ole-ole. Penangan ikan bilis ni, kami sekeluarga hanya pakai ikan bilis jenis ni sahaja semenjak itu. Sekarang beli kat pasar malam, sekilo RM55. Sampai rumah dah senja rasanya. Bolehla buat ada-ada outing ni.

Till then...

No comments:

Post a Comment