Sunday, April 23, 2017

Laman Grill Steak & Bar-B-Que Kajang, Selangor

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Restaurant ini terletak berhampiran exit tol Sungai Ramal. Restaurant ni kepunyaan salah seorang juri masterchef Malaysia iaitu Chef Zubir. Boleh refer laman web mereka di sini (Laman Grill). Sesekali makan di fine dining restaurant bolehla, kalau selalu memang tembus poket seluar. Nama pun steak & barbeque restaurant, yang special sudah tentulah dia punya steak. Tapi ada juga makanan western yang lain seperti spageti dan lain-lain lagi. Sedap ke tak? Boleh refer gambar kat bawah.
Ayuh makan
Selera anak makan kat sini especially yang sebelah kanan tu, memang kaki western food...
Ni T-Bone steak. Yang ini memang special sikit. Bukan selalu ada, 3 kali pergi sini, sekali sahaja ada. Rasa memang sedap sangat. Dagingnya lembut, kena dengan sos yang diberikan. Salad yang diberikan juga tidak mengecewakan...
Spageti ni pun sedap.
Ni lamb rack. Sedap juga tapi tak boleh challenge T-bone steak.
Selain makanan yang di atas, banyak lagi pilihan yang lain. Setakat ini, T-bone steak lah yang paling sedap bagi kami. Bila cerita pasal makanan, perut pun jadi lapar. Craving for meat la pulak. Okay, kami nak cari daging kejap.

Till then...

No comments:

Post a Comment