بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Family day kali ini merupakan family day yang kedua, yang akan dilangsungkan sekali setiap dua tahun. Kali pertama diadakan di Fishing Bay Resort, Teluk Buih, Mersing. Kali kedua ini diadakan di Mutiara Alai Homestay, Melaka selama 3 hari 2 malam. Family day diadakan untuk mengeratkan tali silaturahim diantara ahli keluarga.
 |
1st Family Day |
Aktiviti wajib setiap kali family day adalah barbeque dan mandi kolam. Makanya lokasi family mestilah menyediakan peralatan untuk ber barbeque dan kolam renang. Mutiara Alai Homestay terletak di Alai, Melaka menyediakan 6 buah bilik tidur, sebuah kolam renang bersaiz kecil, peralatan memasak dan lain-lain lag (boleh refer sini). Sebuah bilik berharga RM90 (hari biasa) - harga semasa kami datang sini. Harga sekarang tak taula, boleh check dengan owner. Kami sewa kesemua enam bilik dan menjadikan tempat ini kami yang punya selama 3 hari.
 |
Mutiara Alai Homestay |
 |
Laman yang luas. Boleh buat sukaneka kat sini. Kami main badminton. |
 |
Mini playground. Budak-budak suka main di sini. |
 |
Kerusi santai yang disediakan |
 |
Kolam renang, pagi petang kami gunakan |
 |
Tempat memasak, ada dapur, peti sejuk, sinki dan tempat barbeque |
 |
Nyum-nyum |
 |
Budak merajuk |
 |
Ayah bersama menantu baru |
 |
Last day, group photo session |
 |
5 bersaudara |
 |
Di Perigi Hang Tuah |
Antara peristiwa lain yang diingati adalah:-
1. Wafiy dihempap pagar rumah
2. Menonton wayang secara berjemaah di panggung wayang di waktu tengah malam
3. Kesesakan yang tak dapat digambarkan di Pusat bandar Melaka menyebabkan semua aktiviti di hari terakhir dibatalkan.
Looking forward to next family day, yang akan diadakan di Kluang nanti. InsyaAllah.
Till then...