بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Buat julung-julung kalinya, PASTI outing kalini dibuat diluar daerah Port Dickson. Perancangannya adalah kanak-kanak PASTI akan ke kilang Yakult terletak di Oakland Industrial Park, selepas itu makan tengah hari di Tasik S2 Park, seterusnya solat Zuhur di Masjid Hussien S2 dan diakhiri dengan lawatan ke Balai Bomba S2. Semua anak-anak PASTI yang terlibat teruja melainkan anak kami yang sulung. Wafiy tantrum tak nak ikut (sebab bangun pagi). Memang spoil mood semua orang pagi2 ni. Akhirnya kami tinggalkan dia di rumah adik ipar di Senawang. Wafiy tersengih aje bila cerita ni dibincangkan. Rugi tak dapat masuk kilang Yakult. Jadilah pengajaran untuk dia.
Anak-anak PASTI bertolak menaiki bas manakala ibu bapa yang ingin turut serta perlu menaiki kenderaan sendiri. Selepas kami menghantar Wafiy ke senawang, kami bergegas ke Kilang Yakult. Kami sempat sampai sebelum tour bermula. Gambar dalam kilang takde, rasanya Yakult tak bagi ambil gambar.
 |
Sesi video sebelum tour dalam kilang Yakult |
 |
Anak-anak pasti gembira |
 |
Jom main air |
 |
Taklimat dari pegawai bomba sebelum mereka bawa anak-anak PASTI round S2 naik lori bomba |
 |
Maskot bomba dah keluar. Sarah takut dengan maskot. |
 |
Terima kasih abang-abang bomba menceriakan hari anak-anak PASTI ni |
Lewat petang kami beransur pulang ke Port Dickson selepas selesai solat Asar di Masjid Hussien. hari yang ceria dan penuh keseronokan. Wafiy terlepas emua tu. Till then...
No comments:
Post a Comment